PERSATUAN & KELAB
INI LOGO KRS DAN PENGAKAP.Sedikit benar negara-negara di Asia yang telah membuat kemajuan yang begitu banyak dan dengan sebegitu cepat seperti Malaysia dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Masa-masa dahulu adalah masa yang menggembirakan, penuh dengan berbagai-bagai sukaran dan bahaya.
Bagi menunjukkan setakat mana berPengakap itu disukai ramai, ialah dengan adanya sekurang-kurangnya satu kumpulan Pengakap ditiap-tiap bandar dan kampong dinegeri ini. Sebabnya Pergerakan ini telah berkembang dengan derasnya, tidaklah payah dicari jauh-jauh. Pengakap tiba dinegeri ini dari awal 1910 lagi, dua tahun selepas dimulakan di Great Britain oleh Lord Baden Powell.
Seorang daripada peneroka di Great Britain, Encik F.C. Sands telah datang ke Singapura dalam tahun 1910 dan memulakan penubuhan pasukan pertama dijajahan ini.
Bermula dengan dua pasukan Seramai 30 orang ahlinya di Singapura, Pergerakan ini merebak keseluruh Malaysia dan pada hari ini mempunyai pengikut lebih dari 65000 orang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap, Pengakap Kelana dan Pemimpin-Pemimpin Pengakap.
Semenjak itu kemajuannya adalah tetap dan Pengakap telah beransur-ansur muncul dinegeri yang dahulunya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pasukan Pengakap yang pertama bagi budak-budak Melayu yang tahu bahasa Inggeris telah ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah pimpinan Kapten N. M. Hashim dan Encik A. Z. Alsagoff
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
AKTIVITI PENGAKAP:
- IKRAR
- BERKHEMAH
- LAUNG AGUNG
- KAWAD
AKTIVITI KADET REMAJA SEKOLAH:
- MEMBINA SESUATU
- KAWAD
- BELAJAR MENGIKAT
- BERLATIH MENCEGAH PENYAKIT
KEBAIKAN MENJADI KRS DAN PENGAKAP:
- MEMBNA KEYAKINAN DIRI
- SEMANGAT BERPASUKAN
- SEMANGAT PERPADUAN
- KERJASAMA
- MEMBANGUNKAN KEBERANIAN DIRI
PENUTUP:
SAYA BERHARAP NILAI KERJASAMA DAN SEMANGAT KESUKANAN AKAN SENTIASA ADA DALAM DIRI KITA
SEKIAN ,TERIMA KASIH!!!!
No comments:
Post a Comment